Salam..
Terhangit bersama gua.. gua rasa happy lak baca berita ni..
Bukan umah gua xde Tv nak tengok berita..
Tapi gua lebih suka ngadap LCD PC gua ni dari TV tu..
So.. gua dapat petik dari Web MalaysiaKini yang Aduka Taruna tu, dah
pergi menyerahkan diri?
Lagik satu.. baru gua tau.. mamat ni budak Kota Bharu yep..
Wooo.. silap info la gua dapat sebelum ni..
Ok bro & sis.. Creadit to Jimadie Shah Othman. Sila baca kat bawah ni ngan rasa gumbira yo!~
====================
Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.
Difahamkan penulis berkenaan – dikenali sebagai Aduka Taruna – menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kes tersebut dikendalikan Bukit Aman.
Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum.
Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya “mengheret penulis berkenaan ke mahkamah”.
Susulan kemarahan itu, Aduka Taruna kelmarin menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjurannya.
Beliau juga menarik balik artikelnya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.
Ketika menyerah diri hari ini, Malaysiakini juga difahamkam, Aduka Taruna ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri itu.
Setakat jam 6.45 petang tadi, masih belum pasti sama ada polis akan memohon perintah reman terhadap penulis berkenaan..
Butiran lain penahanan, termasuk seksyen beliau disiasat setakat ini, juga masih belum jelas.
====================
Tapi bro.. gua pelik gak ni..
Cam xbetul je Info gua dapat ni???
Sebab kat blog Aduka Taruna tu..
Last Posting dia Sultan Johor is Dead. Bravo! adalah pada 25/1/2010 07:12:00 PM … Hurmm.. xkan dalam lokap leh access tenet kot..
Sape de info2 terbaru.. Jgn lupa komen kat bawah..
Gua salute sama bro & sis..
Trimas!~
UPDATE TERBARU
Dari blog tersebut:
Pengumuman Penting
1. Ruangan komen akan di moderate. Ini untuk mengelakkan fitnah yang semakin berleluasa dan kini semakin diluar kawalan. Kami menerima beberapa maklumat tentang hebahan maklumat sulit AT seperti alamat, tempat tinggal di ebebrapa ruangan forum. Hal ini adalah membahayakan keselamatan pihak keluarga AT. Laporan polis akan menyusul.
2. AT telah pun menyerah diri dan membantu siasatan pihak polis. InsyaAllah, kita doakan semoga beliau bersabar akan dugaan yang menimpa beliau.. Semoga ada hikmahnya dikemudian hari.
Kami, rakan AT akan sentiasa membawa berita terkini terus kepada anda.
Oleh,
Evelyn
==================
Evelyn ni awek dia ke pe?
UPDATE!
Bukti Laporan Pemuda Umno Kepada Pihak Polis:

KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN JELAS




ageeba says:
mungkin dia edit post option dia kot?? ntah laaa
[Reply]
Jan 25, 2010, 9:22 pmDaKMuO says:
haha.. ada org len tlg posting utk dia..
kira dia bukan wat kije sorang2 la..
ada kutu2 lain yg terlibat…
[Reply]
Jan 25, 2010, 6:24 amkepunden says:
For lu information, wat sementara blog AT diambil alih oleh kengkawan die. Tapi info dlm utusan online kurang tepat. Ni sbb, AT mengaku telah menggunakan bahase yang tidak elok. Bukan mengaku menghina Almarhum.
[Reply]
Jan 25, 2010, 8:12 amDaKMuO says:
Ok bro kepunden marang skeper..
Kalo mangkuk ayun tu mengaku menggunakan bahasa xelok..
boleh bitau kat kami x.. kepada siapakah AYAT itu ditujukan?
Apakah sebabnya beliau berkata begitu?
Kenapa perlu mengaitkannya dengan unsur2 kerajaan dalam ayat tu?
Jawab2..
[Reply]
Jan 25, 2010, 8:43 amAduka DITANGKAP, bukan SERAH DIRI! says:
[...] sebelum ini tentang Aduka TarakGuna Serah Diri??? buat ramai bro & sis tanya2 [...]
Jan 25, 2010, 10:01 am