Laporan Terbaru Hina Sultan Johor!

Salam…

Yo Bro & Sis..

Sebelum ni, kat entry gua yg lepas, de gua citer pasal
Lagi Penghinaan Sultan Johor.

Jam 11.30 malam, arin senin bersamaan 25 Jan 10,
Seorang wartawan bernama gi wat Report pasal
penghinaan Sultan Johor kat dalam YouTube..

Adoiyai.. walaupun video tu dah lama, tapi xspatutnya
la kan mamat aabaz21 tu dok wat camtu…

Dalam video tu, abes dah dia gi alih suara pastu menggunakan
perkataan2 yg xelok yang menyebabkan seperti Sultan Johor yang
mengeluarkan kata-kata tu..

Hurmm.. diorang ni nk tunjuk kepandaian edit video la kononnya,
tapi sbb terlampau pandai la jadi camtu..
Dalam akaun mamat aabaz21 ni gak, ada lagik beberapa Berita TV3 yang dia dah alih suara..

Okies..

Berita Lanjut, Petikan Dari BERNAMA ONLINE

========

Wartawan Buat Laporan Polis Berhubung Hina Sultan

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) — Seorang wartawan radio membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung klip video dalam “Youtube” yang memaparkan penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Laporan itu dibuat oleh Ibnu Khusairi Ibnu Aris, wartawan Radio Bernama 24 di Balai Polis Hulu Kelang, dekat sini kira-kira pukul 11.30 malam Isnin.

Dalam laporan itu, katanya beliau melihat klip video bertajuk “Sultan Johor Remix” ketika berada di rumahnya di Keramat di sini kira-kira pukul 1.30 petang Sabtu lepas.

“(Saya) Tertonton satu video klip yang papar Almarhum semasa hayatnya berada dalam majlis perasmian Wilayah Pembangunan Iskandar dan suara Almarhum telah dialih suara kepada satu suara yang tidak dikenali.”

“Suara itu telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan seolah-olah Almarhum yang bercakap begitu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ibnu Khushairi berkata laporan dibuat kerana rasa tanggungjawab sebagai rakyat dan mahukan video yang bertarikh 5 Nov 2009 itu dihentikan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Sementara itu jurucakap Balai Polis Hulu Kelang ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan itu dan siasatan akan dijalankan segera bagi mencari dalang di sebalik paparan video klip itu.

– BERNAMA

========

Korang mesti usha ni gak...


4 respon setakat ni, xkan lu xnk komen pape?

Tinggalkan Komen Ok?

CommentLuv Enabled
:wink: :twisted: :roll: :oops: :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :?: :-| :-x :-o :-P :-D :-? :) :( :!: 8-O 8)

  1. ageeba says:

    waktu arwah masih hidup tak pulak diaorang berani nak kutuk. bila dah takde baru nak tunjuk belang, pengecut la diaorang ni suma weeiii. harap sultan johor yang baru ni ambik tindakan tegas terhadap bangang-bangang suma ni

    [Reply]

    DaKMuO Reply:

    Haaa… tau xpe…

    Ni la orang melayu skang…

    Depan2.. senyap..

    Blakang2.. kecoh…

    [Reply]

  2. samdaddycool says:

    Ada segelintir manusia yang tidak mempunyai sensitiviti. Mempermain-main atau memperolok-olok, apatah lagi mengeji si mati amat tidak beradab.

    [Reply]

    DaKMuO Reply:

    samdaddycool: Ye larr.. gua pn rasa camtu gak.. Dunia semakin kembali ke zaman JAHILLIAH

    [Reply]


.: HakCipta Suka Hati 2009 - 2010 :.
DaKMuO Entertainment Inc.
Best View With Google Chrome / Mozilla Firefox